Friday, May 25, 2012

Antara Kawan dan Keluarga


Dua K yang aku maksudkan ialah KAWAN dan KELUARGA. Kawan yang korang perlu paham ialah orang2 sekeliling korang yang mengenali korang dan korang mengenali mereka. Kawan tidak sesuai diklasifikasikan sebagai sahabat kerana sahabat boleh menjadi kawan korang tetapi kawan tidak boleh menjadi sahabat korang. Ada pahem? Hehe~ Keluarga pula seperti yang korang sedia maklum ialah famlily korang. Kakaka~ Maafkan aku sebab sudah syiok sendiri daa. Ok2. Keluarga korang adalah seperti atuk, nenek, ibu, ayah, adik beradik, dan saudara mara. 

Perbezaan yang aku nak jadikan main point di sini adalah hubungan antara kawan dan keluarga. Mungkin ada diantara korang yang mengatakan bahawa hubungan korang lebih rapat apabila berada dengan kawan2 daripada berada dengan keluarga. Aku tak menolak kata2 korang tuu sebab mungkin ada diantara keluarga korang yang sibuk segala bagai dan tak ada masa dengan keluarga. Tapi cuba korang bermuhasabah dan ingat apa jasa kawan korang dan jasa keluarga korang terhadap korang selama korang hidup kat dunia Allah ni.

Cuba korang renungkan apa yang terjadi bila korang bergaduh dengan kawan dan bila korang gaduh dengan keluarga korang. Cuba korang fikir sebenarnya siapa yang lagi penting antara kawan dan keluarga dalam hidup korang. Cuba korang tetapkan dalam fikiran siapakah antara kawan dan keluarga yang akan membantu korang dikala korang susah. Tolak ego jauh2. Tolak dendam jauh2. Simpan dalam hati apa yang patut. Baca bismillah sebelum menentukan sesuatu. Semoga hidup kalian dunia akhirat dirahmati Allah. Mohon Allah menjauhi kita semua dari segala kemungkaran. Amin.

*Segala apa yang tertulis adalah ikhlas dari hati aku dan aku tiada niat untuk menyakitkan hati sesiapa. Maafkan andai terdapat salah silap. :)
Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

No comments:

- This blog is belong to Miss NAA. -