Thursday, January 24, 2013

Resepi : Lasagna *my first try*

Sedih bila tengok traffic blog yang tak seberapa ni. haih~ nak buat macam mana dah takde idea nak tarik pembaca. *down* Tapi takpelaa. Bila time aku cuba resepi baru aku update okayyyyy. :D *semangat balik*

Hari tu ibu beli lasagna cenonet dah RM20 so kiteorang makan pun sorang sikit. kongsi2. then ibu kata kat aku yang ibu teringin nak makan lagi tapi nak yang aku buat punya. aku pun mintak laa resepi kat cik fatin yang ibunya pernah buat lasagna bagi kiteorang time kat asrama makan. sedap! aku ni dah laa jarang hancurkan dapur. sekali aku masuk jangan sesiapa berani nak kacau. hehe. so dengan azam yang kuat maka terhasil laa makanan orang puteh nii. *orang puteh ke?**garu2 kepala* entah laa. lantak laa. pape pun aku dah berjaya buat walaupun tak seperfect SR. hehe :p

Ok. mula2 kita tunjuk gambar dulu. :3

This is it after dah dibakar. rupanya huduh tapi rasanya devaassss gitu. hoho
*puji diri sendiri laa pulak*

Okayyy. now akan ku tunjuk cara demi cara untuk buat dia. memang banyak pakai gambar sebab pictures tells everything more than words. cewah kau.

Okayyy. atas ni semua bahan2 untuk buat sos daging.

- 3ulas bawang putih *dihancurkan*
- 1biji bawang besar *dipotong petak2*
- 400g daging lembu kisar or cincang*
- 1tin cendawan butang
- 1tin tomato puree
- sedikit serbuk oregano *mahal niii**beli kat tesco lagi murah*
- San Remo instant lasagna
- sedikit pepper and salt *untuk tambah rasa*
- 1mug air stok ayam

Cheese2 yang aku pakai. hehehe. banyak kan? aku perabiskan semua sebab aku suka. :p

Okayyy. ni pulak bahan2 nak buat sos cheese yang putih tu.

- 50g mentega *kalau beli yang 250g tu maknanya potong suku*
- 2sudu tepung gandum
- 2mug susu segar
- cheddar cheese *aku pakai yang slice punya sebab senang nak taruk*
- keju Parmesan yang telah diparut *aku letak sesuka hati aku**tapi jangan laa banyak sangat*
- pepper and salt *aku malas nak beli so aku tumbuk je* ;D

Preparations for meat sauce


Okayyy. now kita start masak!

1. Panaskan minyak kat dalam kuali tu.
2. Tumis bawang putih and bawang besar yang telah dipotong sebentar tadi.


3. Dah nampak bawang tu keperang2an masukkan dua sudu cili boh. *this is up to you whether you want to put it or not**kalau nak pedas sikit letak je laa*


4. Kacau sampai cili boh tu naik minyak. jangan sampai korang pulak yang naik minyak ye. ;)


5. Letak daging and kacau sampai masak.
Okayyy. gambar letak daging aku malas nak tangkap. hehe. so aku tunjuk gambar masa daging dah masak jela ye. :p
6. Lepas daging dah masak dia akan berubah warna so alert. Lepas tu tambah tomato puree, cendawan butang, oregano, and gula.
Lepas tu aku lupa nak ambik gambar bila dah kacau semua. -.-"
7. Then kacau sampai rata semuanya. tambah pepper and garam untuk bagi rasa sosnya naik. *hoho.ayat tak boleh belah lagi*
Dah siap semua tu tolak tepi sat. buat cheese sauce pulak.

Preparations for cheese sauce


1. Cairkan mentega.
2. Tuang sedikit demi sedikit tepung gandum
3. Kacau laju2 taknak bagi tepung tu berketul2. *serius kena kacau laju2*


4. Bila tepung dah sebati dengan mentega and takde ketul2 baru laa tuang susu segar perlahan2. *sambil tuang sambil gaul*
5. Gaul laa sampai cairan susu tu jadi pekat. tapi jangan pekat sangat macam dalam gambar tu sebab nanti susah nak letak atas daging nanti. pekat sikit je.


6. Tutup api.
7. Masukkan cheddar cheese slice and grated parmesan cheese.
8. Gaulkan sampai cheese cair and sebati.


9. Masukkan pepper and salt untuk menambah rasa. *masa ni kena buat laju2 untuk mengelakkan sos jadi sejuk**bila sejuk sos ni akan jadi keras and susah nak letak atas daging nanti*
10. Kacau sampai sebati macam gambar di bawah.

And then siap! sekarang tiba masa kita main susun2.
Lapiskan loyang korang tu dengan mentega. Lapisan bawah sekali letak lasagna yang telah dicelur sedikit untuk mengelakkan dia jadi keras.
Lepas tuu letak sos daging yang telah dimasak tadi. *pastikan menutupi keseluruhan lapisan lasagna**PENTING*
Lepas tuu letak sos cheese yang telah dimasak tadi.
Ulang letak lapisan lasagna -> sos daging -> sos cheese *standard 3lapisan*
Pastikan lapisan teratas ialah sos cheese.


Lastly tabur laa sebanyak mana cheese yang korang suka.
Aku campur cheese mozarella dengan parmesan. :D
Lepas tu letak jela terus dalam oven korang yang telah dipanaskan 180 darjah celcius. bakar selama 40 minit. lepas tu check dengan garfu untuk tengok dah masak atau belum lapisan lasagna itu.

Hasil daripada aku duduk dapur harini ialah puas hati. :D
Jemput cuba resepi ni semua! Baca Bismillah sebelum mula buat dah sebelum makan ya! Selamat Mencuba! ;)

Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

Wednesday, January 16, 2013

Resepi : Kek Coklat Kukus

Kihkihkih. berhabuk2 blog aku ni punya lama tak update entry. okay laa. sekarang ni baru ada mood nak update disebabkan mood yang datang tiba2. tajuk pun dah bagitau apa yang aku nak tulis kan? so with the lafaz Bismallah i'll start this teaching. hohoho. teaching laa sangatkan. anda digalakkan mencuba sebab resipi ni sangat laa senang nyaa. pakai sukatan cawan2 saja. :D

Mula2 sediakan semua benda di bawah ni.

Bahan A
- 1cawan susu cair
- 1cawan air
- 1cawan mentega cair *kalau nak guna minyak pun boleh*
- 2cawan gula perang *gula merah*

Bahan B
- 2cawan tepung gandum
- 1/2cawan serbuk koko *aku pakai van houten*
- 1sudu teh baking powder
*kalau ade soda bikarbonat boleh pakai jugak*

Bahan C
- 1biji telur
- 1sudu teh esen vanilla

Cara nak buat kek ni simple je. Mula2 panaskan kukusan terlebih dahulu sebelum korang buat pape kat bahan2 di atas ni. Lepas tu kacau semua Bahan A hingga sebati. jangan guna mixer tau. nanti habis satu dapur tu jadi tempat berperang sebab campuran ni akan jadi cair. *aku yg baru first time buat sendiri ni pakai mixer laa* *cakap berdasarkan pengalaman* hehehe Seterusnya ayak Bahan B dan masukkan ke dalam Bahan A dengan perlahan. kacau sehingga sebati lagi. *jangan tuang semua terus nanti tepung berketul2* Kemudian masukkan Bahan C yang telah dipukul. kacau lagi. Lapik loyang atas lapiskan dengan majerin kalau takde kertas minyak. And the last but not least kukuskan selama 1jam dengan api yang sederhana kecil untuk mengelakkan kek pecah ye kanak2 sekalian. 

Jangan ingat nak kek masak cepat je. nanti lain pulak jadinya. ikut apa yang aku buat ni in shaa Allah kek korang pun akan jadi.

Okay2. lepas kek tu dah masak boleh laa korang sediakan topping dia. Cara yang aku guna ialah menggunakan susu pekat. kalau korang tak suka rasa susu pekat ni korang boleh pakai cara double boiling iaitu menggunakan coklat masakan. ikut suka hati korang laa mana yang korang suka. tapi kat sini aku nak ajar cara buat topping guna susu pekat.

Bahan2nya adalah :-

- 1cawan susu pekat
- 2sudu serbuk koko
- 2sudu mentega

Api jangan laa kuat sangat. cukup laa sekadar sederhana kecil. Mula2 tuang susu pekat dan serbuk koko. kacau hingga sebati. Lepas tu masukkan mentega. Bila korang tengok warna dia dah sebati korang tutup je api then tuang atas kek coklat kukus korang tu.

Anddddddddd this is the result of my experiment :-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hoho. selamat mencuba! :D

p/s : Mulakan dengan bismillah atas segala apa yang dilakukan. Semoga Allah merahmati kalian. :)

Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

- This blog is belong to Miss NAA. -