Sunday, July 21, 2013

When you say IT do IT.....

.... jangan cakap tak serupa bikin!! Haish. aku update blog ni hanya untuk update bila aku marah je ke hapa. Bila aku tak marah takdak modal nak tulis. Bila aku marah laju je jari ni menaip. Bak kata adik aku macam buat assignment. Hangin betul laa aku orang yang duk mengata orang lain tapi diri sendiri tu lagi hina tahap gaban. Lagi2 orang yang dia mengata tu mak sendiri. Sungguh laa muka tak malu. Bila hang nak mintak duit hang buat meleleh hang pergi mintak duit. muka letak kat mana woi! nama ja jantan tapi buat perangai macam pondan!

Dah melayu tu buat laa cara melayu nak buat cara mat salleh tu pekejadahnya. "Dah 21tahun tapi buat macam 3tahun" Ayat kauu. fuuuhhh~ meja david teo pun meleleh ayaq mata dengaq woi! Kalau 21tahun buat laa cara 21tahun. aku tengok kawan2 aku punya abang takdak masalah pun. takdak laa menyusahkan mak bapak keje mintak duit pastu berjoli sampai 2 3 pagi. MUNGKIN ya hang kata hang ade masalah sendiri tapi masalah hang tu jangan nak libatkan family boleh? Dengan family hang ni hang ada masalah keluar masuk rumah macam hotel. Ingat hidup nak bersuka ja. Ada hang keja hang hulur duit sikit kat mak bapak? ADA? Lagi mintak ada laa.

Aku cakap bukan nak cari pasal dengan hang tapi aku bukan orang bangang yang diam je bila mulut busuk mengata pasal mak aku. Time hang mengata hang mengata habis2. Time hang nak sesuatu hang buat baik. Tolong cakap sikit. Selama hang duduk bercuti / menganggur kat rumah ni apa yang hang dah contribute kat family ni selain dari hantar and ambik adik2? Selain dari keluar melepak sampai pukul 2 3 pagi? Selain makan minum tido mengadap laptop?

Mana hilang manusia yang dulu jalan kaki ambik aku kat sekolah rendah time hujan lebat dgn payung terbalik sebab aku tertinggal bas? Mana hilang manusia yang dulu buat apa ja untuk mak bapak and adik2 dia. Mana p hilang semua tu? Tak payah laa salahkan kawan2 kalau semua tu atas salah diri sendiri. tak guna hang berlakon semata2 nak duit.

Kalau hang tak buat semua tu mak bapak takkan bising laa woi. mungkin memang ibu suka bising aku tak nafikan benda tu tapi pape pun dia mak laa wei. hang takleh nak buat dia macam kawan hang. suka hati mulut hang yang busuk macam longkang tu nak cakap pape pun.

Kalau aku teruskan taip ni aku rasa ada orang nak bunuh aku so aku stop sampai sini jela. Pape pun dalam hati aku dah tersemat. Kalau dah nama lelaki mesti akan ada satu perangai dalam diri diorang yang takleh nak ubah iaitu berpura2 baik untuk mendapatkan sesuatu dari orang lain.

Sekian terima kasih. Maaf kalau ayat diatas tak sedap didengar tapi sape suruh baca blog aku. Hati tengah membara semua benda keluar.
Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

- This blog is belong to Miss NAA. -