Wednesday, August 28, 2013

Holiday : Padang, Indonesia - Day 1

Sebenarnya kan kan kan trip aku ni dah lama gilos sudaaa baru sekarang teringat nak publish kat blog. hehe. Tapi aku takkan membebel banyak sebab aku pun dah ingat2 lupa :p so aku sajikan korang dengan gambar2 je. hehe


Sebelum berlepas lama gila nak tunggu flight. dah laa kena bangun awal pastu flight delay pulak. first time naik flight excited gilos even pening2 lalat tu ada sebab pilot tak reti nak bawak betul2. *salahkan pilot pulak.ehek* sekejap je pun flightnya tak sampai 2jam tak silap aku.


Sampai2 je kat Padang International Airport tour guide kitorang dah tunggu siap2. siap tolong angkat beg lagi. aku panggil dia Tony. Dia ni banyak mulut, suka kacau orang kalau orang tidur dalam bas, dia tak bagi orang tidur sebab katanya bercuti buat apa nak tidur. haha. Satu bas tu family kitorang je yang ada tu yang best tu. 


Tony bawak kitorang pegi isi perut sikit dekat kedai 5stars ni sebab nak jalan2 dulu before makan tengah hari and dia takut kitorang lapar. Dia kata minum and makan sikit2 je kat sini isi perut sikit sebab kat kedai ni makanan agak mahal. 


Dalam perjalanan ke tempat seterusnya macam2 permandangan yang tak boleh aku nampak kat Malaysia ada. Sawah padi memang laa ada kat Malaysia tapi perasaan tengok sawah padi kat sini lain. Rumah diorang pun unik sebab setiap rumah akan ada kolam kecil kat tepi rumah. Kata Tony diorang bela ikan dalam kolam tu and bila nak makan ikan diorang hanya perlu tangkap ikan yang dibela tanpa perlu pergi ke pasar.


Lepas tu Tony bawak kitorang pergi ke air terjun tinggi. serius wa cakap sama lu air dia dah laa sejuk pastu jernih gilos pulak tu. nasib baik aku tak buang tebiat bukak baju terjun dalam air tu. lagi satu time tu aku pakai sportshoes so tak dapek laa den nak rendam2 kaki den dalam air yang sejuk tu. tsk tsk *sebenarnya malas nak tanggal kasut*


Lepas penat bergambar dekat air terjun tu kitorang ke rumah Minangkabau terletak di mana aku dah tak ingat. -.-" dalam rumah ni semua senget. sebab rumah Minangkabau ni senget pun aku dah lupa sebab aku sibuk shoot gambar time orang bagi penjelasan. :p


It's modelling time!! hoho. comey tak Kak Ton noks? ehehehe. gurau2 ye. Kak Ton jangan tersentot pulak. Ni sebenarnya aku kena paksa pakai baju pengantin Minangkabau ni sebab kata ibu bukan selalu nak pergi sini tapi adik aku tetap taknak pakai. disebabkan aku anak yang baik maka aku pun menuruti kata ibu. bhahaha. rasa nak lempang diri sendiri lepas tulis perkataan "anak yang baik" tadi. :p

Btw benda besi atas kepala aku tu serius berat. aku nak jalan pun kena seimbangkan kepala. takmau jadi pengantin Minangkabau ah camni. Baju dia tebal gilos. Berpeluh2 den memakainya. Nasib baik sekejap je buat part time ni. muahaha


Pemandangan kat sini cantik gilaaaa. dengan padi humanya dengan petani tradisionalnya dengan dikelilingi Gunung Merapi *ok yang ni tak berapa best sebab cuak gunung meletus*


Lepas semua tu barulah aku dapat makan. perut dah kruk krek dah time tu. Tony bawk kitorang pegi makan makanan Padang. punya laa banyak lauk sampai aku taktau nak capai mana satu tapi semua sikit2. sebabnya diorang nak ajar berkongsi. semua ni boleh masuk dengan selera aku tapi ibu kata ibu takleh. sebenarnya aku tolak najis, kayu and batu je. selain dari tu semua aku telan. hehe

Lagi permandangan cantik. Aaaaaaaaaaaa rasa nak duduk kat sini tapi as a tourist jela. nak hidup kat sini belum tentu boleh survive lagi. :p



Botol2 air ni aku shoot kat mana aku pun dah lupa tapi kat Malaysia mana ada dah botol2 camni. Kalau ade pun susah nak cari. Rare kot! btw Sprite je yang sedap. Sebelah dia rasa dia yucks! haha. dah owner kedai tu bagi minum free kitorang pun pakat tibai jela mana2 yang nampak macam sedap. ingatkan boleh bawak balik botol2 ni tapi rupa2nya kena pulangkan balik lepas dah minum. tsk tsk Tak dapat nak buat koleksi botol KONON


Bika ni sebenarnya macam lempeng pisang lempeng kelapa yang kita selalu buat tu tapi yang diorang punya ni the best sebab cara diorang bakar rare. hoho. dah laa laju gila dia buat kerja. time tu tengah sejuk makan pulak lempeng panas Ya Rabbiiiii. Puas sungguh!


Bas yang usung kitorang selama kitorang berada di sana. Comel je bas ni. hahaha. kat Malaysia payah nak jumpa bas2 camni kot. kalau ada pun tak silap aku bas kilang. 


Lepas makan terus aku menapak ke belakang kedai ni. Masa mula2 sampai tu dah nampak dah tasik cantik yang dipenuhi dengan kiambang tapi disebabkan perut lebih diutamakan maka photoshoot ditangguhkan sebentar. lepas makan je terus pergi sini. Cantik view dia sebab sebenarnya di bahagian atas kiri ada Gunung Merapi yang ditutupi dengan awan.


Ibu jadi model lempeng pulak. hehe


Otw ke hotel untuk siap2 makan malam sempat laa aku shoot beberapa gambar tapi satu je yang aku rajin nak upload. hehe. 


Sunset view from our room. Subhanallah cantik sangat! Gambar atas ni ambik dengan kamera fon je sebab dslr tak muat nak sumbat keluar tingkap bilik.


Dinner kitorang Tony bawak pegi makan dekat restoran berdekatan dengan hotel kitorang tapi aku dah lupa nama restoran tu. hehe. Lapar tak? Maaf laa. :p

Setakat ni je coretan aku untuk malam ni. Penat dah mengadap laptop. esok nak gerak ke KL pulak. nasib baik ade driver. boleh laa rest sepanjang perjalanan. *driver bas* acah anak orang kaya pulak aku ni. haha. Coretan seterusnya aku tak janji bila tapi sentiasalah mengusha blog aku ni. :p

Assalamualaikum. :)

Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

No comments:

- This blog is belong to Miss NAA. -