Sunday, January 26, 2014

Holiday : Langkawi Trip Part 2

Assalamualaikum...

Wakakakakakakaka. gelak guling guling tengok blog yang dah usang tahap gaban ni. Punya laa lama tak update blog ni sampaikan lupa URL blog sendiri. muehehe. ni pun teringat pasal blog sebab tadi buat choc cake baru laa teringat pasal nak update blog. kalau idokkk. :p

Ni haa moh le teman nyambung nyembang pasal pergi holiday kat langkawi punya cerita. ayat pun dah tunggang langgang *tutup mata*

Day 2/Part 2

Hari ni jugak laa yang banyak aktiviti pun sebab esok nak balik dah. Pagi2 buta dah semangat bangun tunggu van nak pergi island hoping *tipu je ni* Dalam pukul 9 pagi tunggu van yang akan bawak kitorang ke tepi pantai di mana kat situ ramai orang tunggu bot nak pergi island hoping. Agak2 dekat pukul 10 gitu bot kitorang pun sampai laa. Aku cadangkan baik ambik bot kongsi kalau korang bukan dalam group yang ramai sebab jimat pun jimat. Lain laa kalau ramai orang dalam satu group.

view sebelum gerak. w/o edit. subhanallah cantik kan? :)

ehehehe. tetiba mat salleh belakang ikut posing sekali. :p


time ni panas terik yang amat. nasib baik laa dapat jugak shoot gambar ni before sampai ke
Pulau Dayang Bunting.
Mula2 mcam creepy je nengok bentuk pulau ni tapi ketepikan feeling tu sebab nak terjun mandi. muehehe

WELCOME TO PULAU DAYANG BUNTING!
Aku nasihatkan janganlah bawak sebarang jenis makanan masa datang kat pulau ni. sebabnya...

BERUK yang ada kat sini boleh hidu tau makanan yang korang bawak even korang sorok dalam beg! Taknak malu sebab kena kejar dengan beruk jangan bawak makanan ape2 pun.

Sebelum sampai kat Tasik Dayang Bunting tu punya laa jauh kena jalan. penat hoii kena naik tangga segala!

Gambar diorang ni semua acah tough je ni. Padahal time ni semua dah semput tahap gaban. Lagi2 cik kak tudung maroon tu. kekeke


Cewah photographer depan ni. siap duduk2 bagai nak ambik angle cantik leteww. kekeke. Aku sempat ambik dua gambar ni je sebelum terjun masuk dalam tasik. pakai safety jacket laa gila kau tak pakai. kalau sesapa nak tempah maut sila laa berani2 terjun takyah pakai safety jacket. Aku ni dah laa tak reti berenang asyik tenggelam je.

Sekejap je masa dia bagi dalam 30minit macam tu. pandai2 korang laa nak bajet. sebab ada dua lagi pulau nak jejak. Boleh je kalau korang nak mintak bagi masa lama sikit kat pulau ni sebab pulau lagi satu tu bagi aku agak bosan sebab bagi makan burung helang je.



Nama pulau ni pun aku dah lupa apa namanya. nampak tak betapa bosannya pulau ni sampai nama dia pun aku dah lupa? hehe. pulau harimau belang kot namanya. 

Seterusnya kitorang pergi ke Pulau Beras Basah. Aku rasa aku paling suka pulau ni sebab air dia jernih banget! haha. serius tak tipu. Nama je beras basah tapi takdak beras langsung pun.


omo omo first first sampai terasa jakun seketika. walaupun ramai orang tapi kitorang mandi manda macam kitorang punya tempat je. hoho

Time kat sini semua benda rasa cantik. Cantiknya langit Cantiknya laut Cantiknya bot. padahal buruk je bot tu tapi bila kat sini terasa bahagia gila.

Nampak tak ikan ikan berlambak2 kat bawak tu. Kalau laa aku pandai berenang dah lama aku terjun kat sini. Tapi aku tak berani sebab dasar dia pun tak nampak. Karang lemas tak pasal je. -.-"

Jeles. nak naik benda tu tapi memikiorkan duit teman ni ha takkan nak bazir kat benda tu je tak jadi laa teman nak terbang2 i believe i can fly gitu.

Ehem2 sementara menunggu bot tu sempat laa jugak shoot sikit2. Dapat pulak mat salleh ni posing. hehe.

Ni minah salleh posing nak keringkan tuala dia pun ada jugak. kekeke

Rasanya dah penat jari ni menaip walaupun takde laa banyak mana aku taip tapi sebab dah lama tak mengadap benda ni kan. hoho. Tapi takpe laa aku teruskan jugak laa nak habiskan second day punya cerita.

Balik dari island hoping semua dah penat gila terjun tonggeng dalam air tadi. Sampai2 bilik semua terkulai nak pejam mata. Takleh jadi sebab bukan selalu dapat pergi tempat2 gini. Maka selepas solat zohor dan makan tengahari kitorang pun bergerak laa ke Gunung Mat Cincang konon2 nak tengok sunset. Pukul 4.30 petang gitu kitorang pun sampailah kat kaki gunung. MAK DATUKKK panas gila habaq hang! Tapi demi nak naik cable car maka aku tolak tepi panas2 semua.

Muka sekor2 happy je SEBELUM naik cable car. Lagi2 si Aus ni bajet berani je SEBELUM naik cable car.

Tin walaupun tough, naik je cable car kecut terus. menjerit2 tengok luar. HAHAHA

Sarah and Sora je maintain cool. Aus pun kecut bila cable car start naik tinggi.Tak bangun2 dah duduk je. HAHAHA aku for sure maintain cool. kalau dak takde laa boleh shoot2 gambar semua. muehehe

the view from the inside of the cable car. :)

Huwaaa!! ni yang paling sedih bila tak boleh naik jambatan gantung sebab maintainance. geram betul. padahal ni laa yang aku paling nak naik bila pergi langkawi ni. -.-

the view from the above. Subhanallah. i can't express my amazement by words. even thou panas gila tapi view yang cantik banget tolak habis semua kepanasan ni. hehe

Deme ni sebenarnya taktau nak buat apa dah kat atas ni. punyalah gagah nak tunggu sunset padahal awal lagi time ni. hahaha

*gambar kiri dan kanan takde kena mengena* Gambar kiri nak tayang berapa tinggi gunung ni.
Gambar kanan nak tayang betapa bosan menunggu sunset sampaikan duduk kat lantai.

Huduh tak perangai bebudak ni? hehe. bosan sampai terbaring2 kat situ. nasib baik orang tak ramai. 

Family from arab. Anak dia yang kecik tu comel gila and nakal sebab boleh dia pegi kacau Aus time Aus tolong shoot gambar mak bapak dia. Bila aku angkat cam nak shoot gambar dia tau pulak malu. haha

Dalam bosan2 tu ternampak mangga kunci ni. Hahaha. Nak tergelak pun ada sebab acah2 macam kat korea pulak nak letak mangga kunci ni. Sorry pada tuan empunya mangga. :p

Belum sunset lagi time ni tapi aku suka gambar ni sebab cahaya matahari tu. :)

Malaysia tanah airku. :p

Belum sunset lagi....tunggu lagi...time ni area 7.30pm dah ni. sabar gila menunggu matahari ni.



Goodbye my sunshine. :')

Habis je sunset terus pak guard halau suruh turun sebab dekat pukul8 malam dah time tu. hahaha. sungguh laa berani gila duduk sampai malam kat situ. dengan sejuknya. Turun je cable car tengok tempat tu dah senyap sunyi. dah laa senyap sunyi. kedai2 semua dah tutup. semua cuak je lari masuk kereta. Aku yang driver ni lagi laa. nak bawak anak2 orang lagi.

Dan habis happy tengok sunset lapar dah mula datang. Terus google cari tempat makan seafood yang sedap. hehe. dah alang2 kat Langkawi kan. seafood jela yang kitorang cari. cari punya cari jumpa laa restoran ni otw nak balik tu...

Recommended sebab seafood dia murah2. :D

Ni jela yang sempat aku shoot sebab elok2 makanan sampai kitorang sambar terus sebab lapar and penat.

Cukuplah setakat ni aku membebel. membebel panjang2 pun bukan ade orang nak baca. tsktsk. nak buat acano dah lama tak update blog orang pun dah bosan. Nanti kalau ada masa + rajin aku update masa aku pergi Underwater World 3rd Day pulak ye. Terima kasih pada yang sudi menjenguk blog ni. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada amirahathirah2612@yahoo.com okay? :)

Assalamualaikum.

Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

No comments:

- This blog is belong to Miss NAA. -