Tuesday, August 27, 2013

Holiday : Langkawi Trip Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Sungguh tiada idea bagaimana mahu start penulisan aku ni. *poyo sekejap* Almaklum lah. dah lama tak tulis karangan. Sebenarnya aku update blog ni nak kongsi dengan korang pengalaman aku pergi bercuti dengan kawan2 sekolah dulu ke Langkawi baru2 ni. Nak baca silakan. taknak baca sudah.

Pada hari Khamis 22/8/2013 aku memulakan perjalanan ke B'worth. Aku gerak sehari awal sebab ayah and ibu tak bagi naik train sebab katanya buang masa. tsk tsk. So bila sampai kat B'worth tu kakak sedara aku (Kak Ita) dah tunggu kat situ untuk pickup aku pergi ke rumah achik iaitu mak sedara merangkap mak kepada Kak Ita di Kulim, Kedah. Malam tu aku bermalam kat rumah achik. 

Pagi Jumaat 23/8/2013 kira2 jam 8 pagi aku bergerak dari rumah achik ke B'worth dengan pertolongan Kak Ita sebab tiket bas jam 9 pagi. Yang si Sarah, Fatin, Sora and Aus dah sampai Kuala Perlis dah tapi aku yang organizer ni baru nak gerak dari B'worth. hehe. Maafin saya ya kengkawan sebab lambat. bas yang mengada takdak tiket awal. Jam 11 aku pun sampai di Kuala Perlis. 

Jam 12 tengahari kami berlima pun memulakan perjalanan ke Langkawi dengan menaiki feri Ekspress Bahagia dari Kuala Perlis. Tiket feri one-way RM18 ye.

muka bahagia cik Sarah nak pegi Langkawi

Welcome to Langkawiiiiiiiiii!!! 

Excited gilos wa cakap sama lu time sampai ni even cuaca panas gilos sebab aku doa jangan lah hujan sebab kitorang nak jalan2 and Allah tunaikan doa aku tu. :') almaklum lah. time kecik2 dulu ja pergi Langkawi. Besaq2 ni tak pergi dah sebab adik2 ramai.

Sementara menunggu kereta sewa kitorang sembang2 dan sempat merepek2 dengan abang2 kat situ. hehe

Aku sewa kereta dekat Bang Chik. Dia ada website dia sendiri. Jangan risauuu. Dia tak tipu korang punyaa. Siap bagi 2 peta Langkawi free lagi tu. Tapi time aku pergi ambik kereta tu dia takde sebab pergi solat Jumaat. Tapi service diorang memang baik. Tak sombong. Ni dia link website baru Bang Chik. Ni pulak blog Bang Chik. Semua ada kat sini laa. Kalau korang malas nak pikir korang ambik je semua pakej kat Bang Chik ni. 

Dapat ja kereta aku terus menuju ke Pantai Chenang. Check-in bilik kitorang jam 3 tapi time tu baru 2 lebih tapi nasib baik kakak kaunter tu bagi masuk. hehe. Tempat penginapan kitorang yang perempuan ni di Malibest Resort tapi lupa nak ambik gambar sebab teruja sangat. -.-" Lepas check-in bilik kami pun bergerak mencari Mali Perdana Resort yang katanya 1km dari resort kami nak check-in si Aus punya bilik. Cari punya cari sampai entah mana hala tak jumpa jugak tanda hotel tu. At last aku check email and call hotel tersebut. rupanya2 belakang McD. Punya laa jenuh mencari. 


Bilik Aus. Kitorang yang perempuan ni semua dengki sebab bilik Aus cantik and it costs only RM160 for 2nights!! argh! geram2. dah laa betul2 tepi laut. bilik kitorang kena lintas jalan baru sampai laut. Lepas selesai segala pendaftaran kitorang yang dah kebulur gila ni pergi cari tempat makan. Dah laa taktau katne tempat makan yang best. nama kedai tau tapi jalan ke sana aku taktau. Last2 berhenti je kat kedai tepi jalan berdekatan dengan hotel sebab tengok kedai tu macam ramai orang. Masa tu dah jam 4 lebih orang pun dah tunggu nak dinner je. Kami yang baru nak lunch. -.-"

While waiting for the foods. Maaf Fatin and Sarah. muka anda tidak kelihatan di skrin. muehehe
Bila makanan dah sampai masing2 makan tak ingat dunia sebab dah kebulur sangat. semua senyap je time makan tu. hahaha. Lepas makan masing2 balik bilik siap2 and solat.

Petang tu kitorang melepak tepi pantai je sebab dah penat nak berjalan. Tak mandi pun sebab malas nak tukar baju. Aus sorang je yang semangat mandi. Aku dengan Fatin dengan kit2 kameranya. Aku dengan tripodnya. Orang pegi pantai mandi kitorang buat sesi photoshoot pulak. hehe. Nak buat macam mana dah jarang jumpa pantai. :p langit kat sini cantik sangat! 



Jalan2 tepi pantai tu tetiba ternampak foreigner pun melepak sama kat tepi pantai kenkonon nak gelapkan kulit leteww. Aku ni nak elak dari sunburn korang pulak pegi merelakan badan korang. Aku ape lagi. terus halakan lensa ke arah tetamu yang menarik mata. kekeke. maaf gambar agak cencored. :p



Dari kiri Sora, Sarah, Fatin and aku. Aus hilang entah ke mana time ni. Syok sangat berenang kat tepi pantai gamaknya.



Cubaan melompat di tepi pantai macam kanak2 riang oleh mereka. Gambar aku melompat sekali ade kat kamera Fatin. Aku masuk melompat terus rosak gambar sebab aku sorang je yang tak sempat. -.-


Sora and Sarah menyembang ape-ke-benda-entah. Aus datang2 tengok kamera tersengih. Aku khusyuk setting kamera Fatin untuk sesi lompat melompat lagi. hoho



Time ni tak silap aku dah jam 7.15 tapi pantai and langit still cerah. Sampai jam 7.45 camtu baru laa langit beransur gelap. 


Cubaan pertama fisheye lens. tak menjadi. kabur. -.-
Cubaan kedua fisheye lens. tak menjadi. kabur. -.-
Cubaan ketiga fisheye lens. tak. menjadi. jugak. kaburrr. shitzz -.-


Masa ni dah dekat jam 8 malam kami pun beransur balik untuk makan malam sebab perut semua dah berbunyi. Tanya dekat pakcik mana aku tak ingat -.-" restoran mana seafood sedap and murah and then dia cadangkan kedai dekat area tu. Nama kedai tu tak silap aku Warung Janggus. Servis dia bagus. Agak laju. Mungkin time kitorang order tu tak ramai orang. Time makan mula lah orang memenuhi kedai tu. Kitorang order Sotong Goreng Tepung, Tomyam Ayam and Ikan Siakap Stim Limau. tomyam sedap. sotong goreng tepung sedap. ikan siakap pun sedapp! puas hati sesangat! ikan lembut! :D


Ni diaaaa. Disebabkan semua tak pernah merasa ikan siakap stim so semua anxious nak merasa. Semua sekali tak termasuk harga air RM66. Mungkin kedengaran mahal tapi bila dibahagi 5orang sorang hanya perlu bayar RM13++. Kenyang dia tak usah ditanya. Tengok gambar saja cukup. hahaha


Ikan tinggal rangka. Tomyam tinggal serai. Sotong tinggal sayur salad. hahaha. And semua terduduk kekenyangan. Lepas tu Sora and Sarah pergi ke kedai sebelah Warung Janggus sebab Sarah nak cari selipar. Sedang aku bersembang dengan kakak kedai tu tetiba aku teringat perihal island hoping. Tanya kakak tu macam mana kitorang nak pergi island hoping then dia laa yang menguruskan semuanyaa. terima kasih banyak2 kat kakak tu sebab tolong aku kalau tak tak dapat laa kami pergi island hoping. tsk tsk.

Habis hal menempah untuk pergi Island Hoping kami bergerak ke hotel Aus nak hantar dia tapi bila sampai kami buat keputusan nak jalan2 tepi pantai dulu sebab awal lagi. kesian pulak kat Aus nak tinggal awal2. dah laa sorang2. So kami pun pergi pantai kat tepi hotel Aus. Dengan lampu suluh dari talipon aku and Fatin kitorang jalan2 dalam gelap gelita tu. berkejar-kejaran dengan ketam ke sana sini. dah laa time tu air nak pasang. memang menempah maut sebenarnya. hoho. Dah penat berkejaran dan berpeluh-peluh tu kitorang pun balik laa ke bilik untuk mandi dan tidur dengan perut yang kenyang dan hati yang senang sebab keesokkan harinya kitorang akan pergi ISLAND HOPING!! YEAHHH! tunggu part 2 nanti ye. penat menaip sudah. kita rehat dulu. hehe

Kalau ada apa2 pertanyaan boleh laa email ke amirahathirah2612@yahoo.com atau comment nanti aku baca and reply. :) Assalamualaikum.

Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

No comments:

- This blog is belong to Miss NAA. -