Tuesday, October 11, 2011

: Let me tell u something :


Cantik seorang wanita itu
Bukannya pada kilauan gincu,
Merah dibibir atau pada kulit
menggebu mulus kelihatan terdedah
Cantik hawa itu
Bukannya kerana bijak menruntuh
iman kaum lelaki.

Cantiknya wanita itu
sebagai seorang isteri
sanggup menempuh segala badai
bersama suami.
Cantik seorang wanita
sebagai seorang ibu,
kala membuai anaknya
disaat suami menjalin mimpi indah.

Cantiknya wanita sebagai mertua,
sanggup membahagikan
kasih sama rata.
Cantik seorang wanita
yang berusia senja
kerana menghitung hari 
dengan selembar ketakwaan.

Namun, tunjang utama
kecantikan wanita itu adalah
dari nilai akidahnya yang soleh
sambil memanjat rindu kasihnya
pasrah di atas sejadah...

Aku hanya pasrah atas ketentuan Allah yang Maha Esa...aku sedar aku sebagai makhluk-Nya yang hina...setiap manusia tidak sempurna...sebagai manusia yang tidak sempurna tak perlulah kita menghakimi orang sewenang-wenangnya...

*sajak diatas hanya pinjaman.bukan aku yang buat.

Ya Allah Ya Tuhanku...Kau kuatkanlah semangatku untuk teruskan hidup ini...-END-

Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

No comments:

- This blog is belong to Miss NAA. -