Wednesday, January 16, 2013

Resepi : Kek Coklat Kukus

Kihkihkih. berhabuk2 blog aku ni punya lama tak update entry. okay laa. sekarang ni baru ada mood nak update disebabkan mood yang datang tiba2. tajuk pun dah bagitau apa yang aku nak tulis kan? so with the lafaz Bismallah i'll start this teaching. hohoho. teaching laa sangatkan. anda digalakkan mencuba sebab resipi ni sangat laa senang nyaa. pakai sukatan cawan2 saja. :D

Mula2 sediakan semua benda di bawah ni.

Bahan A
- 1cawan susu cair
- 1cawan air
- 1cawan mentega cair *kalau nak guna minyak pun boleh*
- 2cawan gula perang *gula merah*

Bahan B
- 2cawan tepung gandum
- 1/2cawan serbuk koko *aku pakai van houten*
- 1sudu teh baking powder
*kalau ade soda bikarbonat boleh pakai jugak*

Bahan C
- 1biji telur
- 1sudu teh esen vanilla

Cara nak buat kek ni simple je. Mula2 panaskan kukusan terlebih dahulu sebelum korang buat pape kat bahan2 di atas ni. Lepas tu kacau semua Bahan A hingga sebati. jangan guna mixer tau. nanti habis satu dapur tu jadi tempat berperang sebab campuran ni akan jadi cair. *aku yg baru first time buat sendiri ni pakai mixer laa* *cakap berdasarkan pengalaman* hehehe Seterusnya ayak Bahan B dan masukkan ke dalam Bahan A dengan perlahan. kacau sehingga sebati lagi. *jangan tuang semua terus nanti tepung berketul2* Kemudian masukkan Bahan C yang telah dipukul. kacau lagi. Lapik loyang atas lapiskan dengan majerin kalau takde kertas minyak. And the last but not least kukuskan selama 1jam dengan api yang sederhana kecil untuk mengelakkan kek pecah ye kanak2 sekalian. 

Jangan ingat nak kek masak cepat je. nanti lain pulak jadinya. ikut apa yang aku buat ni in shaa Allah kek korang pun akan jadi.

Okay2. lepas kek tu dah masak boleh laa korang sediakan topping dia. Cara yang aku guna ialah menggunakan susu pekat. kalau korang tak suka rasa susu pekat ni korang boleh pakai cara double boiling iaitu menggunakan coklat masakan. ikut suka hati korang laa mana yang korang suka. tapi kat sini aku nak ajar cara buat topping guna susu pekat.

Bahan2nya adalah :-

- 1cawan susu pekat
- 2sudu serbuk koko
- 2sudu mentega

Api jangan laa kuat sangat. cukup laa sekadar sederhana kecil. Mula2 tuang susu pekat dan serbuk koko. kacau hingga sebati. Lepas tu masukkan mentega. Bila korang tengok warna dia dah sebati korang tutup je api then tuang atas kek coklat kukus korang tu.

Anddddddddd this is the result of my experiment :-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hoho. selamat mencuba! :D

p/s : Mulakan dengan bismillah atas segala apa yang dilakukan. Semoga Allah merahmati kalian. :)

Thanx for reading!! Assalamualaikum :)

No comments:

- This blog is belong to Miss NAA. -